Saturday, 13 October 2012

Excuse Me You Know Who I Am ?? ~ Just Call Me Ezz

The title of your home page ideologi [meor iszwan]

Kita Semua Punya ideologi Sendiri

Mukadimah

Kekuatan jiwa itu diterjemahkan dalam tekad membaja yang tidak pernah lemah, kesetiaan teguh yang tidak dicemari pengkhianatan, pengorbanan yang tidak terhalang oleh keserakahan dan kekikiran, pengetahuan dan keyakinan, serta penghormatan yang tinggi terhadap ideologi yang diperjuangkan.
(Risalah Pergerakan Ikhwanul Muslimin)



سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Aku yakini bahawa hari ini adalah hari baru bagiku. Allah telah memberi hari ini untuk aku gunakan dengan sebaiknya. Semalam telah berlalu, ianya telah menjadi sejarah. Esok belum tentu. Yang pastinya hari ini. Esok bergantung di atas tindakanku pada hari ini, sebab esok belum pasti. Hari ini akan penuh dengan pengembaraan. "Ya Allah penuhilah hari ini dengan kebaikan". Semoga esok akan menyusul dengan lebih kesempurnaan. Aku akan memperbaiki hari semalam. Aku akan membuatkan setiap hari lebih bererti lagi kepadaku. Aku akan berfikir dengan lebih bersungguh-sungguh. Aku akan melakukan kerja-kerjaku dengan lebih bersungguh-sungguh. Aku yakin, benar-benar yakin bahawa Allah tidak akan mensia-siakan usaha-usahaku. Biar aku sihat hari ini. Biar aku lebih gembira hari ini. Hari ini aku akan gandakan usahaku. Hari ini aku akan mencapai sedikit kejayaan. Aku yakin bahawa Allah akan memberikan sedikit kejayaan kepadaku. Aku yakin bahawa kejayaan sedang menungguku. Aku yakin bahawa aku akan berjaya. Aku akan berjaya! Aku akan berjaya!

"Ya Allah ! Berikanlah kekuatan kepada hambaMu ini untuk meneruskan perjuangan ini. Ya Allah restuilah dan redhailah perjuangan hambaMu ini..... Amin



Saya Pegang Kod Etika Penulis Blog!

Seperti Yang Disarankan Oleh Perdana Menteri Malaysia

• Jujur dan adil dalam mendapatkan, melaporkan dan menginterpretasikan maklumat

• Jangan sekali-sekali menciplak

• Mengenalpasti dan membuat pautan pada sumber apabila sesuai dan boleh dilaksanakan

• Jangan sekali-kali menyiarkan maklumat yang diketahui tidak tepat – dan jika menyiarkan maklumat yang boleh dipersoalkan, pastikan dijelaskan akan keraguan tentang maklumat tersebut

• Bezakan antara sokongan, komentar dan maklumat berdasarkan fakta

• Mengakui akan kesilapan dan membetulkannya dengan segera

• Perlihatkan cita rasa yang baik. Elakkan daripada memenuhi kehendak rasa ingin tahu yang mengerikan atau sensasi

• Jelaskan setiap misi blog dan alu-alukan dialog dengan khalayak ramai tentang kandungan dan cara pengendaliannya oleh penulis blog

• Mendedahkan pertentangan kepentingan, penggabungan, aktiviti dan agenda peribadi

• Mematuhi standard yang tinggi yang sama seperti mana yang mereka harapkan daripada pihak lain

Khamis, 2 Februari 2012

74 Maut Rusuhan Bola Sepak Di Mesir

www.tips-fb.com


Sekurang-kurangnya 74 orang terbunuh dalam rusuhan - paling buruk dalam sejarah sukan Mesir - membabitkan peminat bola sepak di bandar Pelabuhan Said, demikian menurut laporan stesen-stesen tempatan semalam (1 Februari 2012).

Sekurang-kurangnya 1,000 lagi cedera apabila peminat bola sepak, kebanyakannya membawa senjata termasuk pisau - merusuh dan menceroboh kawasan padang di akhir perlawanan antara kelab atasan al-Masry dan al-Ahly.

Kebanyakan mangsa mati ekoran kecederaan parah dan sesak nafas selepas terperangkap dalam rempuhan.

Pegawai-pegawai berkata, angka kematian kemungkinan meningkat, lapor BBC.

Ia tragedi paling teruk dalam sejarah bola sepak, kata Timbalan Menteri Kesihatan Mesir, Hesham Sheiha.

"Ini sesuatu yang malang dan sangat menyedihkan," kata Hesham.

Ia tragedi paling buruk dalam sejarah sukan Mesir, yang genap setahun lalu menyaksikan Presiden Hosni Mubarak dijatuhkan dalam kebangkitan rakyat.

Laporan msnbc menyebut, rusuhan tercetus selepas peminat-peminat pasukan Al-Masry, pasukan tuan rumah Pelabuhan Said, menyerbu padang selepas kemenangan 3-1 ke atas Al-Ahly. Al-Ahly merupakan pasukan teratas di negara utara benua Afrika itu.

Penyokong-penyokong pasukan Al-Masry membaling kayu dan batu ketika mengejar pemain dan peminat pasukan saingan mereka, yang berlari ke arah pintu keluar bagi mengelakkan serangan, demikian menurut saksi-saksi.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, 74 orang terbunuh termasuk seorang pegawai polis dan 248 cedera. Seramai 14 daripada 248 yang cedera adalah polis.

Sekurang-kurangnya 47 orang ditahan berhubung tragedi itu, kata Menteri Dalam Negeri Mohamed Ibrahim.





Video daripada YouTube:





Ada media laporkan jumlah kematian dah mencecah lebih 100nyawa. Entah apa agaknya punca rusuhan ini berlaku? Kalau ikutkan pasukan tuan rumah menang perlawanan tersbut dan lebih manis bila mengalahkan pasukan tangga teratas tapi kenapa ianya diraikan dengan rusuhan?

Satu sumber berita melaporkan ianya ada kena mengena dengan isu politik iaitu pejuang revolusi Mesir VS Penyokong Husni Mubarak, Presiden Mesir yang telah digulingkan rakyat.

Politics cuts deep across soccer teams in Egypt and their fans. Al-Ahly's fans have been at the forefront of the revolution that overthrew longtime leader Hosni Mubarak a year ago, leading chants and protests against the military. Their anti-police songs, peppered with curses, have become viral and an expression of the hatred many Egyptians feel toward security forces that were accused of much of the abuse that was widespread under Mubarak's regime. - msnbc.com


Nampaknya Mesir terus bergolak, bukankah sepatutnya mereka lebih aman selepas 'pemimpin zalim' ditumbangkan? Sudahlah pasukan negara Mesir gagal beraksi dalam bola sepak Piala Afrika yang sedang berlangsung sekarang walaupun mereka juara bertahan, ini timbul pula rusuhan melibatkan sukan ini yang pastinya akan memberi kesan kepada bola sepak mereka.

Isu ini dijangka akan terus panas apabila penyokong pasukan Al-Ahly dikhabarkan akan membalas dendam selain rasa tidak puas hati penyokong pasukan lain selepas kesemua perlawanan lain dalam liga dibatalkan serta merta.

Kejadian ini pastinya akan diingati sebagai rusuhan bola sepak terburuk di Mesir selain antara terburuk di dunia.

The worst soccer disaster on record occurred on May 24, 1964, in Lima, Peru, when 318 fans were killed and more than 500 injured during riot and panic following an unpopular ruling by a referee in a Peru vs. Argentina match. As many as 340 were reported killed at a 1982 European Cup match between Soviet club Spartak Moscow and Haarlem of the Netherlands, but that toll was disputed by Moscow officials, who said only 61 died, according to The Assocated Press.


p/s - orang Islam ke, Kristian ke apa agama sekalipun, Melayu ke, Arab ke apa bangsa sekalipun... jangan bermusuh dan bergaduh kerana bola sepak! Sukan seharusnya menyatukan semua orang...



Terkini Di Ideologi
Baca Selengkapnya - 74 Maut Rusuhan Bola Sepak Di Mesir

Rabu, 1 Februari 2012

Safee Sali Jutawan Bola Sepak Negara

www.tips-fb.com


Masa depan penyerang sensasi Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali bersama kelab Pelita Jaya FC terjawab Rabu, 1 Februari 2012. Seperti dijangka, pemain kelahiran Kajang, Selangor itu secara rasmi menyambung kontrak selama dua tahun lagi dengan kelab tersebut.

Kontrak dua tahun itu menawarkan pakej bernilai lebih RM2 juta termasuk pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai yang dibayar oleh kelab, tiket pergi balik ke Kuala Lumpur yang disediakan oleh kelab dan penghormatan sebagai kapten Pelita Jaya FC.

Nilai kontrak baharu itu bertambah sekali ganda berbanding kontraknya sebelum ini yang berakhir 31 Januari 2012.

Pengumuman mengenai lanjutan kontrak Safee dibuat oleh Pelita Jaya FC di Jakarta pada majlis yang turut dihadiri Pengurus Besar Pasukan, Iwan Budianto, Pengurus Pasukan, Lalu Mara dan Safee sendiri.

Pengurus Safee, Zakaria Rahim berkata, dalam kontrak baharu itu, Safee juga akan menerima pakej tambahan image rights di mana pihak kelab akan mengusahakan untuk Safee mendapat commercial endorsement bagi pelbagai produk di seluruh Indonesia daripada syarikat-syarikat yang memerlukan imej Safee bagi tujuan pengiklanan dan pemasaran.

Safee juga akan diberi peluang bermain dengan mana-mana kelab milik penuh Pelita Jaya Cronus apabila ada peluang dan sesuai dengan tempoh pendaftaran yang ditetapkan oleh liga di negara-negara berkenaan.

Selain Pelita Jaya FC, kelab milik penuh Pelita Jaya Cronus, termasuklah Brisbane Roar FC di Australia yang akan bermain di AFC Champions League 2012, CS Vise di Belgium, kelab divisyen dua di Liga Belgium dan SAD Uruguay sebuah kelab remaja di Uruguay.

Pelita Jaya juga mempunyai hubungan yang amat akrab dengan beberapa kelab lain di dunia seperti lima kelab di liga Brazil, antaranya Flamengo FC dan beberapa kelab di Eropah terutama di Belanda, termasuk Ajax Amsterdam FC.

“Pelita Jaya Cronus pernah memiliki sebuah kelab Liga Perdana England iaitu Leicester City FC tetapi telah menjual pemilikannya di sana, namun mereka masih mempunyai hubungan yang amat akrab dengan kelab dan pengurusannya di sana,” kata Zakaria.

Beliau berkata, Safee juga dilantik sebagai Duta Sekolah Sepak Bola Pelita Jaya di Sawangan, Jawa Barat, Indonesia dan Akademi Sepak Bola milik Pelita Jaya, di mana pengurusan Safee sedang berbincang untuk pemberian saham pemilikan akademi itu demi masa depan Safee.

“Akademi ini sudah mempunyai 600 pelajar di Jakarta sahaja dan mempunyai cawangan di daerah lain di Indonesia. Kelab juga bersedia untuk membantu Safee memulakan perniagaan di Indonesia apabila beliau tamat bermain dengan Pelita Jaya atau menamatkan karier profesionalnya nanti,” kata Zakaria.

Pengurus Safee itu berkata, keputusan yang dibuat oleh Safee untuk terus bermain dengan Pelita Jaya adalah satu keputusan yang telah diteliti semasak-masaknya setelah mengambil kira pelbagai aspek dan risiko.

- Kosmo!



Video daripada YouTube:



Tahniah buat Safee Sali kerana sah kini menjadi pemain bola sepak profesional dengan tawaran lumayan yang diterimanya. Jutawan la lepas ni. Moga pencapaian Safee ini menjadi ransangan buat pemain muda negara untuk mencapai status sepertinya atau lebih baik. Rakyat Malaysia mahu menyaksikan lebih ramai lagi pemain tempatan beraksi dalam liga luar negara.

Pandangan saya pilihan Safee ini adalah tepat. Seperti katanya faktor usia harus difikirkan sebelum menyambung kontrak dengan mana-mana pasukan sekalipun. Safee sudah selesa di Pelita Jaya dan peranan sebagai ketua pasukan pastinya menjamin tempat Safee sebagai kesebelasan utama dalam setiap perlawanan. Apa guna main di Eropah kalau hanya memanaskan kerusi pemain simpanan?

Harap tiada masalah untuk Pelita Jaya berhubung konflik 'pengharaman' ISL. Kalau diharamkan pun bos besar Pelita Jaya dah beri jaminan ada tempat lain untuk Safee di kelab luar yang dipayunginya. Selamat berjaya buat Safee Sali dan semoga kehebatannya akan diteruskan dalam membantu misi Malaysia mempertahankan Piala AFF Suzuki tahun ini.

p/s - Happy Birthday Safee Sali yang ke-28, 29 Januari 2012 lalu.




Terkini Di Ideologi
Baca Selengkapnya - Safee Sali Jutawan Bola Sepak Negara

Islam Itu Indah

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
www.SearchTruth.com

Learning English

Word of the Day

Siaran Radio Online